28 Mei 2021 / 16 SYAWAL 1442H

Sejarah telah menunjukkan kezaliman Zionis Yahudi Israel terhadap umat Islam Palestin telah berterusan bertahun- tahun sejak tahun 1948 hingga kini.

Persatuan Professional Kewangan Muslim Malaysia (MFP) menyokong perjuangan rakyat Palestin yang bangkit membalas tindakan zalim zionis Yahudi Israel. Semoga gencatan senjata dan titik perdamaian akan mengakhirkan sengketa dan konflik kemanusiaan yang berlaku antara Israel dan Palestin.

MFP juga membantah dan menentang zionis Yahudi atas segala bentuk kekerasan, kezaliman dan pembunuhan yang mereka lakukan terhadap umat Islam Palestin, termasuk orang awam, wanita dan kanak- kanak.

MFP juga berharap kerajaan Malaysia dapat berterusan membantu Palestin atas dasar kemanusiaan dan berhati- hati terhadap tipu helah Israel di masa depan.

Hak dan tanah semua rakyat Palestin mesti dikembalikan dan dihormati supaya tertegak semula kedaulatan negara Islam Palestin yang asal.

Seluruh umat Islam perlu bersatu membantah kekejaman zionis Yahudi Israel terhadap Palestin di mana jua berada. Ini selaras dengan perintah Allah s.w.t., surah Al Maidah ayat 2: ..."Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong- tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan. Dan bertaqwalah kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah Maha Berat azab seksaNya ( bagi sesiapa yang melanggar perintah Nya)".

Sama - sama kita mendoakan supaya Allah s.w.t.memberikan jalan keluar, perdamaian dan penyelesaian yang sewajarnya terhadap konflik Palestin- Israel.


#FromRiverToTheSea,PalestineWillBeFree

#FreePalestine

#SaveGaza

Hosted at Hostnotion – custom domains for Notion